Alhamdulillah…Yayasan Wardatul Jannah hari ini nenerima satu lagi amanah besar dalam meneruskan dan melaksanakan misi mendidik dan membangunkan anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf…Sumbangan berupa wang tunai , wang simpanan tetap dan wakaf tanah Di Sepang untuk manafaat Yayasan jangka panjang dari Dato Hasanuddin, Pengerusi dan pengasas Yayasan anak anak Yatim Taman Tun Dr Ismail.
In Syaa Allah dalam masa terdekat Yayasan Wardatul Jannah akan melebarkan sayap dengan membuka satu lagi cawangan khusus untuk penjagaan dan pendidikan bagi anak anak perempuan yang amat diperlukan oleh masyarakat. Ramai anak anak perempuan yang terabai pendidikan agama dan akademik kerana keluarga tidak mampu juga kehilangan tempat bergantung.
Dengan kehendak Allah yang Maha berkuasa , Maha Pemurah dan Maha Pengampun, semuga kita diberi kekuatan dalam membantu mereka sebaik mungkin, saling bantu membantu dan berlumba lumba dalam melakukan kebaikan.
Kekal berdoa agar Allah permudahkan urusan hidup kita semua dunia dan akhirat.