Assalamualaikum.
Demi kelangsungan operasi rumah anak-anak yatim dan asnaf ini, Yayasan Wardatul Jannah amat mengalu-alukan seandainya ada di antara sahabat semua yang berhajat untuk menyumbang secara tetap kepada Yayasan.
Terpulang kepada kesesuaian sendiri, tuan puan bebas memilih jumlah sumbangan serta sela masa atau frekuensi – setiap hari, setiap Jumaat, setiap bulan – tetapkan sendiri melalui setting “Standing Instruction” perbankan atas talian masing-masing. Tuan-puan juga bebas menghentikan atau membatalkan “standing instruction” pada bila-bila masa sahaja seandainya berubah fikiran untuk menyumbang kepada organisasi lain pula.
Sumbangan boleh dibuat kepada:
YAYASAN ANAK-ANAK YATIM WARDATUL
Maybank Acc No 562759-109813
Hubungi Puan Fatin di talian 017-6986367 untuk keterangan lanjut.
Untuk kemudahan tuan-puan, kami akan hantarkan resit untuk tujuan pengecualian cukai pendapatan pada penghujung tahun (atau setiap bulan sekiranya ada permintaan sedemikian).
Mudah. Tidak perlu berusaha mengingati dan mencari masa untuk membuat pindahan wang. Tidak juga perlu tercari-cari resit yang mungkin tersalah letak sekiranya resit diterima pada bila-bila masa sahaja.
Dan yang paling penting, amalan bersedekah dilakukan berterusan secara terancang. Moga-moga diganjarkan Allah dengan pahala yang berlipat kali ganda.